Halaman

Isnin, 16 September 2013

Elok dan cantik

Bukan semua yang mahal elok bentuknya..
Bukan semua yang cantik tinggi harga nya..
Banyak murah anggun terletak..
Akan tetapi yang indah itu sungguh bernilai..

Berjasa itu indah.

Isnin, 9 September 2013

Melayu layu


Jatuh orang..
Rebah mereka..
Kau gembira..
Teruja..
Bersorak sakan terkinja-kinja..
Apa semua ni? Apa?

Hati sedap..
Bahagia..
Lapang dada..
Sakit orang-orang itu ada kau endah?
Tutur mereka ada kau dengar?
Kau rasa apa? Apa?

Bodoh!
Bodoh itu pilihan..
Kau yang tentu.. Kau yang tetap..
Bukan aku..
Aku tengok, lihat, perhati..
Laku engkau bukan manusia..

Ini kegilaan..
Melayu bermulut longkang..
Berhati najis..
Berperut hina..
Kawan susah, payah..
Kau hina.. Kau herdik.. Kau maki..

Sudah lah..
Jangan jadi Melayu lagi..
Melayu itu bangsat..
Melayu bukan tuhan..

Jadilah manusia..
Manusia itu aman..
Manusia berbelas kasih..
Manusia itu bersayang-sayang..

Selasa, 27 Ogos 2013

Indah Tabir

Indah..
Tabir itu indah..
Indah melindungi batil..
Indah mengaburi mata..
Kabur bersangsi peri..

Telus bukan lagi asas..
Banyak selok banyak belok..
Hempas pulas reng..
Kerahan titik-titik keringat..
Tiada capai maklumat..

Kekusutan menghasut jasmani..
Memaksa batin akur..
Akur dengan keingakaran sejagat..
Akur menyembah khilaf..

Tahniah..

Rabu, 21 Ogos 2013

Hilang lampau

Perang..
Perang..
Satu indah..
Satu nyata..
Satu musnah..
Sengsara..

Bangkit..
Lambak kasih tumpah..
Gerimis merah melata..
Korban saudara..
Mengharap kasihNya..

Tahniah..
Firdausi depan mata..
Rumpun indah..
Ukhuwah tiada..

Maaf..
Kudratku kecil..
Inginku besar..
Tapi tersekat lautan dunia..

Maaf saudara..

Isnin, 19 Ogos 2013

Pompang! Pompang!

Blog ni untuk perasan diri femes.
Tersinggung harap maaf.